Click here for Myspace Layouts



Pages

Sabtu, 18 Disember 2010

Anugerah Untukku

Tak ku sangka bahagiaku dengannya hanya singgah sebentar di hati ini…
Tak sempat aku merasainya..aku juga insan biasa yang punya perasaan..sungguh, x pernah diri ini merasai kesakitan begini..penat rupanya tanggung sendirian..berbagai cara ku lakukan hanya untuk buang keindahan itu…tapi semakin sakit kurasakan…aku cuba sibukkan diri dengan belajar…kalaulah insan itu tahu, aku memperolehi keputusan peperiksaan yang dia inginkan..itulah harapan dia untukku…persis keluargaku yang inginkan keputusan yang cemerlang..itu yang aku berikan…kepada keluargaku dan kepadanya…tetapi dia tidak mengetahuinya…aku tahu dia sudah berada jauh dari sini..jauh dia pergi tinggalkan tanah air ni..betapa jauhnya aku dengan dia…
kalau ikutkan hati kecilku ini, hendak ku raung sekuat hatiku..sepuas hatiku…aku sedar fizikalku memang x sesempurna insan lain..tapi hatiku juga seperti insan lain yang inginkan kasih sayang yang tulus..aku tahu bukan salahnya..malah salahku sendiri yang menaruh harapan seluas lautan…baruku sedar rupanya inilah perasaan sayang yang sebetulnya…x pernah aku menyayangi seseorang sebegini..aku dulu yang selalu memperlekehkan cinta…kalah juga aku pada cinta rupanya…dan tewas juga aku dalam medan itu dan hanya mampu menyimpan luka sebagai anugerah kepadaku…semua itu ku simpan di lura hatiku…tempat YANG TERDALAM dalam diriku…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.