Click here for Myspace Layouts



Pages

Isnin, 26 September 2011

miss

aku nak teringin nk menulis..tapi aku tak tahu cm na nk mula...aku teringin nak meluah tapi aku tahu cm na luah...

aku rindu mak !
aku rindu ayah !
aku rindu abg2 !
aku rindu dia !

:'(

Khamis, 4 Ogos 2011

Kerana Sayang

aku penat fikir sesuatu yang tak sudah...aku penat hidup dalam kepura-puraan...tapi aku tiada pilihan...kerana sayang aku jadi begini..

kini...aku berserah hanya padaMu Ya Allah..

andai dia pemilik tulang rusukku, andai dia jodoh yang Engkau tentukan untukku, aku redha dan aku terima..aku mohon permudahkanlah urusan kami tanpa melukai hati sesiapa..jauhkanlah kami dari maksiat yang Engkau murkai..sesungguhnya aku inginkan satu ikatan yang sah di sisi agamaMu ..
Namun...

andai dia bukan untukku, andai dia bukan jodoh aku, aku mohon padaMu Ya Allah...
Engkau hilangkanlah rasa sayang aku pada dia...hilangkanlah rasa cinta aku pada dia...tutupkan lah pintu hatiku untuk dia...dan aku mohon Engkau hilangkanlah rasa cinta dia untukku..

Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik yang Engkau redhai...


Isnin, 25 April 2011

Dia Balik

dia dah balik..bila dia balik...rindunya pada dia..rindu sgt2..tiba2 rasa rindu itu kuat bila aku dengar suara dia tadi...tapi suara dia x ceria mcm dulu...dia seperti sakit...aku ingat aku dah lupakan dia sikit2...rupanya...emm...lemahnya aku...senangnya air mataku jatuh bila aku dengar suara dia...murahnya airmataku kerna dia...aku harap dia gembira di sana...

Sabtu, 23 April 2011

Tidak Sehaluan

tak tahu apa dah jadi dengan aku...akhir2 ni...hati dan mulut aku dah x sehaluan..hati kat lain mulut kata lain...apa yg ada dihati x terluah oleh zahir...tiada yang tahu apa perasaan aku..tiada yang tahu keinginan hati aku...

Rabu, 20 April 2011

Puisi Cinta

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…


aku suka bait-bait lagu ini...aku suka melodi lagu ini...menyentuh perasaan...

Khamis, 14 April 2011

Cinta

jiwa aku bercelaru..hatiku sering bertanya..otakku ligat berfikir...semuanya mengenai perkara yang sama...akibat kesilapan yang aku buat kini aku sedang menanggung akibatnya...aku kembali sakit seperti dulu..rasa sakit sama seperti ketika aku meninggalkan Mr J'inx...aku rasa sakit ketika aku melafazkan kata putus kepada Mr J'inx..dan kini aku merasainya kembali..bahagiaku cuma seketika..memang nasib aku...dari dulu hingga sekarang..aku cuma rasa diri disayangi insan lain seketika cuma..

cinta itu bahagia..cinta itu suka...cinta itu gembira..cinta itu manis..cinta mampu melengkapi hidup kita..kerana cinta hidup terasa sempurna..kerana cinta membuat hari2 berlalu begitu indah..kerana cinta jatuh air mata gembira..kerana cinta juga kita boleh berjaya...
tapi...cinta juga duka...cinta itu sakit...cinta itu pahit...cinta itu derita...cinta menyebabkan manusia hilang pedoman..

aku....aku merasai kedua-duanya...

Khamis, 24 Mac 2011

Bingung

aku tau apa aku buat...aku sedar...tapi kenapa org selalu menghukum aku tanpa mengetahui keadaan sebenar...menuduh tanpa tahu apa yang berlaku...aku x kisah org x sukakan aku..tapi aku kisah jika org menuduh aku bukan2..aku kisah bila org tuduh aku benda yang aku x lakukan...aku hidup bukan untuk dituduh sebegini..aku bingung dengan perangai manusia di sekeliling aku yang suka menuduh org tanpa usul periksa...

Isnin, 14 Mac 2011

Aku Sedar

aku tahu apa yang aku buat salah..aku sedar aku sedang melakukan kesilapan..tapi aku sendiri x tahu kenapa aku terus melakukan kesilapan ini..aku sendiri x faham apa yang aku rasa sekarang ni...aku juga tahu dan aku juga sedar suatu hari nanti aku akan sakit dengan kesilapan ini...aku tahu suatu hari nanti aku tetap akan ditinggalkan dan dilupakan..dan aku tahu suatu hari nanti aku tetap akan keseorangan..aku sedar masa itu dah makin hampir..selepas tamat tempoh ini aku tahu aku akan kembali seperti dulu..aku cuma berada di alam khalayan sekarang ni dan akan kembali ke alam nyata tidak lama lagi..apa2 pun terima kasih kerana sudi memberi sedikit kegembiraan di hati ini..

Selasa, 8 Mac 2011

Hariku

semalam genap umur aku 20 tahun..dah 20 tahun aku hidup dalam dunia ini..emm...pantasnya masa berlalu..aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna masih memberiku peluang untuk bernafas..masih banyak lagi impian aku yang belum tertunai..aku harap aku dapat capai impian aku sebelum aku tinggalkan dunia ni...

terima kasih banyak2 pada keluarga,teman2 yang mengingati hari ulang tahun aku..terima kasih sangat2..aku tahu ramai yang x sukakan aku dan aku juga tahu ramai lagi yang menyayangi diriku dan terima diriku seadanya..aku bersyukur untuk itu..ikhlas aku katakan aku sayang semua teman2 yang sentiasa disisiku dalam susah dan senang..
jujur aku katakan hari lahir aku tahun ni adalah yang paling manis yang pernah aku lalui..kenangan ni yang paling manis..aku x akan lupa hingga akhir hayatku...

si dia..aku sendiri x pasti adakah dia mengingati hariku atau dia sudah lupa..tapi,dulu dia adalah yang pertama..sekarang tiada lagi dari dia..aku x mahu menuduh kerna aku sendiri tidak pasti keadaan sebenar..dah tiba masa aku berhenti cakap tentang dia..biarlah dia terus bersemadi di sudut hati ini..biarlah..kini diriku mampu tersenyum seperti dulu dan bukan lagi palsu senyuman yang aku pamerkan...ikhlas dari lura hatiku...

Sabtu, 5 Mac 2011

Aku x tau

aku x tau cam na nak cerita kali ni...tapi aku betul2 ada dalam situasi yang x pernah aku alami sebelum ni...dan aku tau apa yang aku sedang buat ni salah..

Khamis, 3 Mac 2011

Tertutup sudah

aku x tau keadaan sebenar..adakah dia cuba mengetuk hati aku?? mungkin aku yang salah faham atau benar sangkaanku...tapi bagi aku susah untuk aku menerima insan lain buat masa sekarang kerana kehadiran dia masih berbekas di hati ini...dan hanya nama dia ada dalam hati aku..aku cuba untuk membuangnya..tapi buat masa ini usaha aku masih lagi tidak berhasil..mungkin memerlukan masa yang lama..tapi...buat masa sekarang sukar bagiku untuk menerima mana2 kehadiran lelaki dalam hidupku..biarla orang hendak mengata...aku sombong?? x sedar diri?? biar lah...aku x kisah asalkan aku kenal diriku sendiri dan aku tahu apa yang aku buat...

Isnin, 28 Februari 2011

Aku Ingin Kebenaran

Pagi aku hari ni penuh dengan ceria..gurau senda, gelak tawa...lupa sebentar tentang diriku...tiba2 aku dapat satu pesanan yang membuat aku kembali ke alam nyata...knp aku x dikhabarkan tentang apa yang berlaku..apa dia buat di UK..dia sakit apa...aku nak tahu semua tu...aku perlu tahu..sakitnya bila segala persoalan yang bermain di minda x terjawab..knp dia sakit...aku ingat dia baik2 saja di sana..kenapa hanya salam dikirim kepadaku...apa yang dia cuba rahsiakan daripadaku...kenapa x ceritakan hal sebenar kepadaku...bukan wang ringgit aku pinta...aku cuma pinta kebenaran yang disembunyikan...kenapa aku x boleh tahu kebenaran itu..adakah kerna aku bukan siapa2 bagi dia...atau...dia sengaja buatku tertanya2 begini..seksa jiwaku...tolongla...aku mahu tahu keadaan sebenar...kenapa susah sangat nak khabarkan kepadaku...aku hanya ingin tahu...

Jumaat, 25 Februari 2011

Moga Baik2 Saja

Salam..nak kongsi kat cni la..mlm kelmarin aku mimpi gigi aku patah..kelmarin mata aku asyik brgerak2..mata kiri sebelah bawah..lepas tu aku tersedak air punya la teruk..sampai sakit dada aku...aku x sedap hati sebenarnya..hari ni pun mata aku asyik bergerak2 juga..aku telefon kg...aku ckp dgn mak ayah...dorang semua ok..family aku semua ok...aku x tahu la....

atau...
adakah dia...
aku harap dia ok disana...aku harap dia x terima apa2 musibah...

Ya Allah aku tahu semua yang terjadi adalah ujian dariMu...cuma ku harap...ujian itu x melibatkan keluarga kesayanganku...Engkau peiharalah kedua orang tuaku serta abg2 aku..sesunggunh nya aku amat menyayangi meraka..tapi jika itu kehendakMu...aku terima dengan redha Ya Allah...ku pohon tabahkan hatiku menghadapi semua ujian dariMu...

Selasa, 22 Februari 2011

Sangat susah hati

emm...rindu mak ayah la..bila boleh balik kg ni..ssh hatinya Ya Allah...kat sapa aku nk mengadu ni...kat sapa aku nk luah ni biar ringan ckit beban ni..aku x tau kt sapa nk aku luahkan perasaan aku yang makin parah ni...aku takut dipersendakan...aku malu...aku takut menyusahkan org...sabar je la...moga semua ni berlalu dgn cpt...

Ahad, 20 Februari 2011

impian...

akhir2 ni aku terlayan cerita korea...ntah la...tiba2 rasa nk tgok cerita tu lagi even dh byk kali kau tgok cerita tu...mmg aku suka cerita tu..and yang peliknya time tgok cerita tu otak aku ni automatik akan terbayang kisah aku sendiri...nak kata sama tu x la sama sgt dgn jalan cerita tu...emm...mungkin aku teringin nk jadi mcm yg dalam cerita tu kot...even dia awal2 dia suffer, tp at last dia happy jg...and yang paling penting org yang dia syg, sygkn dia jg...x mcm aku ni...org yang aku sayang x sayangkan aku sepenuhnya..x pe la kan...benda dh jadi..emm.berbalik pada cerita tadi, bestnya kalo jalan cerita tu jadi betul2 kat diri aku...mesti happy...tapi aku tau...semua tu mmg MUSTAHIL bg aku...sampai bila2 pun aku x kan dpt balik org yang aku cinta..so, just go on la...dalam hati mmg mengharap walaupun aku tau kesudahannya..biarla...aku nk study, study, n study...aku nak capai apa yang aku impi...aku nak buktikan pada insan2 yang selalu memandang rendah terhadap diriku...itu matlamat aku...aku tahu..ramai yang memandang rendah terhadap diri aku...x kira la dari segi apa pun...ramai yang berfikiran negatif terhadap aku...mmg aku kisah...tapi itu dulu..sekarang i'm become a new one..aku dah x peduli dengan kata2 org lg...aku nak buat ikut kata hati aku...aku nak buktikan pada semua...itu janji aku pada diri sendiri...selagi ada family yang aku syg di belakang menyokong aku...aku x kan putus asa lagi...Mr J'inx...kalau Mr J'inx ada terbaca ini, moga awak tahu sy tetap dgn pendirian sy untuk mencapai impian sy...sbb sy tahu awk juga dalam perjalanan mencapai impian awak...and...Mr J'inx,,awk ttp dalam hati dan ingatan saya...

Rabu, 16 Februari 2011

satu hari yang bahagia...

happy...happy...happy....and happy.....itu la yang aku rasa skang ni...aku happy sbb semalam family aku dpt brkumpul semua...walau kejap ja tapi aku ttp happy...bkn aku sorang...mak,ayah,abg2 aku pun happy juga...mcm2 kami buat semalam..borak2,gelak2,kongsi cerita...mcm2 la..kejap masa berlalu semalam..kan best kalo dpt duduk sama2 2,3 hari lagi..mungkin ada org ingat aku ni poyo kan..ye la...benda cm ni pun nk kecoh..lantak la org nk kta pa...dh aku happy kan...suka hati aku la...emm...bestnya dpt sembang2 semalam..bila la leh kumpul cam tu lagi ek....

Isnin, 14 Februari 2011

rindunya!!!!!!!!

argggghh!!! rindunya aku kat dia...apa la khabar dia kat sana ek...dia ingat kat aku lagi ke x..ntah2 aku sorang je ingatkan dia..kenapa la jadi mcm ni...hidup aku juga jadi taruhan...sakit x terperi..emm...aku rindukan dia..aku rindukan sikap ambil berat dia..aku rindu senda gurau dia...aku rindu senyum tawa dia..aku rindu suara dia...aku rindu segala-gala tentang dia...jujur aku mengaku aku jeles tengok member2 aku happy ja...Alhamdulillah untuk dorang..aku harap dia dapat capai impian dia selama ini di sana...aku harap dia sihat dan tiada lagi masalah2 yang membebankan dia seperti dulu..aku harap dia x sakit seperti dulu lagi..dan yang paling aku harap insan yang dia sayangi x tinggalkan dia lagi seperti dulu...moga dia x kecewa seperti dulu lagi..dah lama dia menanggung sakit...hati aku juga sakit melepaskan dia..tapi aku tau hati dia lagi sakit kalau x bersama dengan insan yang dia betul2 sayang..aku rela..aku yang merelakan dia pergi..
cuma ada sikit harapan terselit dalam hatiku...aku berharap sangat dia x lupakan aku sebagai teman ketika sunyi dia suatu ketika dulu...kerna aku x pernah lupa setiap saat aku bersama dia walau seketika...

Sabtu, 12 Februari 2011

oh hatiku syg,,,,,

hmm..hati oh hati..apa aku nk buat dgn kau ni hati...apasal la kau degil sgt..sdh2 la 2 hati...jgn la duk ingat benda yg lepas...sakit la hati..kau pun tau kan aku sakit..dh la sakit ni x de penawar..hmmm...kau x kesiankan aku ke hati...aku menangis x de sapa tolong kesatkan air mata aku..kau nk kesat cm ne hati..kau jauh kat dlm diri aku..aku ssh, x de sapa nk tolong aku..x de sapa pun ada kat sisi aku bila ssh hati...emmm..sedihnya hati..kau punya pasal la hati...sapa suruh kau degil..aku yang kena tanggung akibat..sakit la...sampai bila aku blh thn lg...

Khamis, 10 Februari 2011

siapa lah aku tanpa mereka

emm...malam ni aku rindu semua org..aku rindu mak, ayah, abg2 aku...teringinnya nak berkumpul satu family and stay untuk beberapa hari..bila la boleh wat cam tu..kalau nak berkumpul pun kejap je..setakat sehari...kadang2 sehari pun x sampai..family aku ni kategori family yang kecil ja..kami 4 adik beradik je..tu pun ssh lagi nak berkumpul..emm...mcm mn lla dengan orang yang family besar tu 2 erk..mmg la best kan...tapi mesti lagi susah nk jumpa duk ramai2 kat umah parents..Alhamdulillah la..walaupun family aku susah nak berkumpul ramai2,tapi x susah la nk ajak berkumpul...senang berbicara...tu pun bukan sengaja x nak jumpa satu sama lain..keadaan yang menghalang...masing2 ada komitmen sendiri..ada keluarga sendiri, komitmen kerja lagi...yang dah ada keluarga pulak, kena jaga hati banyak pihak..hati keluarga pihak isteri juga perlu dijaga..so, tiada sifat pentingkan diri sendiri di sini..aku sendiri pun ada komitmen sendiri..komitmen aku of course la belajar...kadang2 semua dah boleh berkumpul, aku pulak x de...x dpt cuti..x kan aku nak ponteng kan..sabar je la..apa2 pun aku sayang family aku...family aku la nyawa aku..kalau x de dorang rasanya terkapai2 aku kat bumi Allah ni..emm...rindunya kat semua...mungkin aku x penah ungkap kata2 rindu, sayang kat family aku...tapi,itu lah yang aku rasa...mana lagi nak cari family mcm ni kat dunia ni...x de dah..ni je family yang kita ada...kawan kalau hilang kita boleh dapat lagi, kekasih kalau hilang pun Insyaallah kita boleh dapat lagi...tapi family x de dah yang lain...itu ja darah daging kita...i love my family very much....

siti nurhaliza-demi kasih sayang

Isnin, 7 Februari 2011

Sayang Mak...

bahagianya....dapat bercuti dengan keluargaku tersayang...tapi aku agak terkilan,,salah seorang abg aku x dpt ikut kerana terpaksa menunaikan tanggungjawab dia sebagai photographer...(hehehe)...tapi apa2 pun percutian 2 memang happening...sepanjang disana dapat aku lupakan seketika tentang segala masalah yang menimpa diriku...Alhamdulillah...tenang ja rasa....tetapi bagiku 2 hari x cukup disana..kalau boleh aku nak bercuti lagi lama..tapi x boleh...abg2 aku,aku sendiri ada tanggungjawab lagi yang perlu dilaksanakan...x pe...kalau umur panjang,,Insyaallah rancangan abg2 aku untuk percutian seterusnya dapat diteruskan..aku pun dah x sabar nih...last sekali thanks untuk mak...semua ni mak yang rancang...kalau mak x rancang x menjadi semua ni...mak memang mak yang terbaik la kat dunia ni...syg mak....

Khamis, 3 Februari 2011

Pedulikan...

tawarnya hatiku..knp jadi mcm ni...aku x nak mcm ni...aku nk hidup aku balik..aku nak happy mcm dulu..knp semua dah x sama...dimana silapnya...selama ni aku hanya tipu diriku sendiri..gelak,tawa,senyum semuanya palsu..hakikatnya hatiku merintih pedih...dugaan dtg menimpa pada masa yg sama..dan aku,,x mampu untuk berbuat apa2...lemahnya aku...aku ditindas...tapi aku x blh buat apa2 melainkan membiarkan mereka melemparkan kata2 nista terhadap diriku..aku bukan insan sempurna..aku mengaku,aku juga ada buat salah...aku bukan malaikat yang suci dari dosa..tetapi kenapa salah silap ku dicanang merata2 malah turut dilemparkan tuduhan tentang perkara yang aku sendiri x melakukannya...hati mana yg x sedih..andai benar aku salah,salahkah menegur aku secara baik dan mengingatkanku...mungkin aku alpa..tolong la ingatkan aku..sekarang terpulang la...aku dah x peduli apa kata mereka..biarla mereka anggap aku jahat..biarla...aku dah x peduli..aku x nk pedulikn kata org..aku nak terus hidup..aku nak mencapai apa yang aku idam untuk aku hadiahkan pada keluargaku dan dia walau aku x lg dengannya..itu janji aku sejak dulu dan Insyaallah akan aku tunaikan...
hatiku??? biarla..aku tau ia masih terluka..malah luka yang amat dalam..aku biarkan sj luka itu..biarla...suatu hari nnti mungkin akan sembuh dan aku x tahu bila hari itu..atau mungkin ia akan begini hingga akhir hayat ku...

Ahad, 30 Januari 2011

Buat Apa Nak Lari???

masalah? hidup mmg x leh hindar dari masalh...lepas satu,satu dia datang...mampukah hati kecil ni menanggung...sedangkan masalah yang sebelum ni pun telah memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup dan hatiku..nk lari? itu bukan keputusan yang baik...kita lari mcm mn pun dia tetap ada dengan kita...mmg x leh lari dari masalah..so, aku just hadapi,berdiam diri,dan akihir sekali pinta pada Yang Maha Esa agar tabahkan hatiku ini...mmg ramai org katakan padaku,kalau ada masalah,kongsi dan luahkan pada seseorang...nnti kita kan rasa lega..tapi bagiku lain..aku dah penah buat mcm 2..tapi padahnya lagi teruk..lagi bertambah masalh aku..dari satu masalah jadi tiga masalah..mmg aku dah serik..dan mmg aku x dpt nk maafkan individu yang melakukan itu padaku...x berguna aku nk bergantung pada orang lain lagi..orang adalah orang dan aku adalah aku...sebaik mana pun orang pada kita,kita x tahu isi hati dia...kita x tahu apa yang bermain di fikiran dia terhadap kita...bagi aku,,segala masalah yang dihadapi baik kita berdepan sendirian lagi senang dan yang paling penting x menyusahkan siapa2...mmg aku sendirian tapi pada hakikatnya Allah bersama aku...Dia dengar segala rintihan aku..Terima kasih Ya Allah...

Siapa Sangka Siapa Menduga

aku suka lagu ni...layan... :-)


Bertahun sudah berdua bersama
Menemhpuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

( korus )
Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu

Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

Sabtu, 29 Januari 2011

Selamat Malam

dulu, hatiku terpaut dengan melodi dan bait2 lirik lagu ni..x kusangka dia menyanyikan lagu ini untukku di suatu malam dulu....salah satu kenangan yang x dapat aku lupakan...


Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarlahkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku

Jumaat, 28 Januari 2011

Hati Berbisik

malam bertandang
hati berbisik mengenang
cerita derita yang daku pendam

kata menguji
cuba untuk kusudahi
berulang air mata membasahi

aku kini perlu berdiri
walau hakikatnya
pasti kan melukai

aku ingin
semua rasai
kerna pengakhirnya hidup
ku sendiri

oh Tuhan kau berikan aku
segala kekuatan
meneruskan perjalanan

Sabarla...

memang org x kn nampak apa niat kita...niat di hati buat lain,tapi disangka lain..memang perit utk terima cuma kesabaran yang diperlukan...
jujur ku katakan aku bukan seorang yang penyabar...tetapi kalau aku marah sekalipun tiada gunanya...lalu aku ambik keputusan untuk berdiam diri..memang terkilan rasa di hati apabila orang x nampak apa yang kita cuba lakukan..padahal kita lakukan untuk kebaikan..lebih terkilan bila segala yang kita lakukan langsung x dihargai..seolah2 diri ini x berguna...x kira la dimana sja aku berada..di rumah,tempat belajar,tempat kerja...teruk sgtkah diri ini...niat dihatiku lain...cubalah mengerti...bukan banyak kupinta...cuma sedikit sja..hargilah sedikit apa yang aku buat...bukan ku minta dipuji..aku cuma minta hargai kerja yang aku buat.. memang susah nk puaskan hati org ni kan..tapi aku tetap bersyukur dengan keadaan ku sekarang...walau rasa terkilan dihati,tapi rasa itu ku hanya simpan dihati dan cuba menutupnya dengan senyuman dan gelak tawa..aku masih boleh jalani hari2 ku dengan baik..aku bersyukur Ya Allah...

Rabu, 26 Januari 2011

berterima kasih

Berterima kasihlah pd org yg telah melukai hatimu kerna dia telah membuatkan hatimu kuat,
berterima kasihlah kpd org yg telah membohongimu kerna dia telah membuat hidupmu makin bijaksana,
berterima kasihlah kpd org yg telah membencimu kerna dia yg telah mengasah kekuatan hatimu,
dan berterima kasihlah kpd org yg telah menyayangimu kerna itu adalah anugerah terindah dalam hidupmu.....

Hanya Ingin Kau Tahu



kalau la dia tahu kan...

Isnin, 24 Januari 2011

aku yang mungkir janji

whats wrong with me????!!!!
kn aku dh jnji dgn dri sndri x nak sedih2 lagi...kn aku dh jnji x nk toleh ke belakang lg...knp aku mungkir janji aku sendiri...kenapa aku jadi mcm ni...knp hati aku masih rasa luka, sakit lagi...aku x tau mcm mn nk hilangkan sakit ni...aku x tau kepada siapa aku nak adukan semua ini...yang pastinya saat ni aku sangat2 perlukan org2 yang aku sayang disisi..tetapi walau mereka ada di sisi, mereka tidak tahu apa yang tersirat di hati aku..
abg aku...aku rindukan abg aku yang dulu..aku sgt2 rindukan abg aku yg dulu..tapi aku dah x boleh dapat semula dia yang dulu..aku tau abg aku happy dengan apa yang ada sekarang ni...
aku pulak...ntah bila aku baru dpt rasa semua 2...

Sabtu, 8 Januari 2011

Yusry - Bermimpi Lagi

Azam Tahun Baruku

terlalu lama memendam rasa.semakin kaku kurasakan di hatiku..bukan tiada yang cuba mengetuk tetapi tiada apa kurasakan..nikmat sayang itu seperti x dapat kurasakan lagi..sayangku hanya untuk keluarga dan teman2 sahaja..hari ini ingin kututup segala cerita itu..ingin kusinpan jauh kedalam lura hatiku..tak ingin lagi ku membukanya..memang tipu jika kukatakan ingin melupakannya..tapi telah kutanamkan di hati ini bahawa dia bukan untukku dan dia x akan jadi milikku..
dan sekarang teruskan hidup..teruskan perjuangan dan capai apa yang diimpikan..jangan menoleh belakang lagi..tentang hati biar lah ia terubat sendiri..x ingin lagi ku pedulikannya..
buat sahabat, bagi yang masih ingin bersahabat denganku ku terima huluran dengan hati terbuka..tapi bagi yang tidak terpulanglah..aku x ingin mencipta sengketa..aku hanya ingin sahabat yang jujur dan jiwanya kosong dari hasad dengki..dan satu yang aku tahu..bukan aku yang memulakan persengketaan ini....
buat diriku sendiri, pandang kedepan dan jangan toleh lagi..