Click here for Myspace Layouts



Pages

Sabtu, 23 April 2011

Tidak Sehaluan

tak tahu apa dah jadi dengan aku...akhir2 ni...hati dan mulut aku dah x sehaluan..hati kat lain mulut kata lain...apa yg ada dihati x terluah oleh zahir...tiada yang tahu apa perasaan aku..tiada yang tahu keinginan hati aku...

Rabu, 20 April 2011

Puisi Cinta

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta…

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…


aku suka bait-bait lagu ini...aku suka melodi lagu ini...menyentuh perasaan...

Khamis, 14 April 2011

Cinta

jiwa aku bercelaru..hatiku sering bertanya..otakku ligat berfikir...semuanya mengenai perkara yang sama...akibat kesilapan yang aku buat kini aku sedang menanggung akibatnya...aku kembali sakit seperti dulu..rasa sakit sama seperti ketika aku meninggalkan Mr J'inx...aku rasa sakit ketika aku melafazkan kata putus kepada Mr J'inx..dan kini aku merasainya kembali..bahagiaku cuma seketika..memang nasib aku...dari dulu hingga sekarang..aku cuma rasa diri disayangi insan lain seketika cuma..

cinta itu bahagia..cinta itu suka...cinta itu gembira..cinta itu manis..cinta mampu melengkapi hidup kita..kerana cinta hidup terasa sempurna..kerana cinta membuat hari2 berlalu begitu indah..kerana cinta jatuh air mata gembira..kerana cinta juga kita boleh berjaya...
tapi...cinta juga duka...cinta itu sakit...cinta itu pahit...cinta itu derita...cinta menyebabkan manusia hilang pedoman..

aku....aku merasai kedua-duanya...

Khamis, 24 Mac 2011

Bingung

aku tau apa aku buat...aku sedar...tapi kenapa org selalu menghukum aku tanpa mengetahui keadaan sebenar...menuduh tanpa tahu apa yang berlaku...aku x kisah org x sukakan aku..tapi aku kisah jika org menuduh aku bukan2..aku kisah bila org tuduh aku benda yang aku x lakukan...aku hidup bukan untuk dituduh sebegini..aku bingung dengan perangai manusia di sekeliling aku yang suka menuduh org tanpa usul periksa...

Isnin, 14 Mac 2011

Aku Sedar

aku tahu apa yang aku buat salah..aku sedar aku sedang melakukan kesilapan..tapi aku sendiri x tahu kenapa aku terus melakukan kesilapan ini..aku sendiri x faham apa yang aku rasa sekarang ni...aku juga tahu dan aku juga sedar suatu hari nanti aku akan sakit dengan kesilapan ini...aku tahu suatu hari nanti aku tetap akan ditinggalkan dan dilupakan..dan aku tahu suatu hari nanti aku tetap akan keseorangan..aku sedar masa itu dah makin hampir..selepas tamat tempoh ini aku tahu aku akan kembali seperti dulu..aku cuma berada di alam khalayan sekarang ni dan akan kembali ke alam nyata tidak lama lagi..apa2 pun terima kasih kerana sudi memberi sedikit kegembiraan di hati ini..

Selasa, 8 Mac 2011

Hariku

semalam genap umur aku 20 tahun..dah 20 tahun aku hidup dalam dunia ini..emm...pantasnya masa berlalu..aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna masih memberiku peluang untuk bernafas..masih banyak lagi impian aku yang belum tertunai..aku harap aku dapat capai impian aku sebelum aku tinggalkan dunia ni...

terima kasih banyak2 pada keluarga,teman2 yang mengingati hari ulang tahun aku..terima kasih sangat2..aku tahu ramai yang x sukakan aku dan aku juga tahu ramai lagi yang menyayangi diriku dan terima diriku seadanya..aku bersyukur untuk itu..ikhlas aku katakan aku sayang semua teman2 yang sentiasa disisiku dalam susah dan senang..
jujur aku katakan hari lahir aku tahun ni adalah yang paling manis yang pernah aku lalui..kenangan ni yang paling manis..aku x akan lupa hingga akhir hayatku...

si dia..aku sendiri x pasti adakah dia mengingati hariku atau dia sudah lupa..tapi,dulu dia adalah yang pertama..sekarang tiada lagi dari dia..aku x mahu menuduh kerna aku sendiri tidak pasti keadaan sebenar..dah tiba masa aku berhenti cakap tentang dia..biarlah dia terus bersemadi di sudut hati ini..biarlah..kini diriku mampu tersenyum seperti dulu dan bukan lagi palsu senyuman yang aku pamerkan...ikhlas dari lura hatiku...

Sabtu, 5 Mac 2011

Aku x tau

aku x tau cam na nak cerita kali ni...tapi aku betul2 ada dalam situasi yang x pernah aku alami sebelum ni...dan aku tau apa yang aku sedang buat ni salah..

Khamis, 3 Mac 2011

Tertutup sudah

aku x tau keadaan sebenar..adakah dia cuba mengetuk hati aku?? mungkin aku yang salah faham atau benar sangkaanku...tapi bagi aku susah untuk aku menerima insan lain buat masa sekarang kerana kehadiran dia masih berbekas di hati ini...dan hanya nama dia ada dalam hati aku..aku cuba untuk membuangnya..tapi buat masa ini usaha aku masih lagi tidak berhasil..mungkin memerlukan masa yang lama..tapi...buat masa sekarang sukar bagiku untuk menerima mana2 kehadiran lelaki dalam hidupku..biarla orang hendak mengata...aku sombong?? x sedar diri?? biar lah...aku x kisah asalkan aku kenal diriku sendiri dan aku tahu apa yang aku buat...